Wednesday, 20 October 2010
Pelajar SMK Ungku Aziz
Pelajar terdiri daripada 3 golongan iaitu :
Pelajar Asrama SMK Ungku Aziz
Pelajar Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam (AYSSB)
Pelajar luar atau yang tinggal di rumah
Asrama SMK Ungku Aziz
Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam
Posted by Sekolah Ku at 01:00 0 comments
Monday, 18 October 2010
Sejarah Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Aziz berasal dari Sekolah Menengah Kebangsaan yang ditubuhkan di Sabak Bernam pada tahun 1959. Pada masa itu wujud 2 buah Darjah Menengah Melayu di Sabak Bernam. Kemudian Darjah-Darjah Menengah Melayu ini digabungkan dan ditempatkan di Pekan Sabak. Hasil gabungan ini maka wujudlah Sekolah Menengah Kebangsaan Sabak Bernam dengan menumpang dibangunan lama Sekolah Melayu Sabak Bernam. Tapak lama bangunan sekolah ini telah dijadikan Masjid Jamek Sabak Bernam.
Ada beberapa sebab sekolah ini ditubuhkan. Antaranya ialah bagi memenuhi aspirasi rakyat untuk mendaulatkan Bahasa Melayu selepas sahaja negara mencapai kemerdekaan. Selain itu, tujuan sekolah ini ditubuhkan bagi memberi peluang kepada penduduk luar bandar yang tidak berpeluang atau mampu untuk mendapat pendidikan di sekolah aliran Inggeris yang terdapat di Sabak Bernam pada masa itu.
Sekolah ini telah dibuka dengan rasminya pada 27 Julai 1964 oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran Malaysia, Encik Abdul Rahman Bin Haji Taib. Pada 18 Julai 1970, sekolah ini dengan rasminya telah dinamakan Sekolah Menengah Ungku Aziz, sempena nama Profesor Diraja Ungku Aziz, Naib Canselor Universiti Malaya.
Pada 20 Julai 1985, Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Aziz telah menyambut Jubli Perak yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Dr. Mohd Yusof Noor, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan pada tahun 2009, SMK Ungku Aziz menyambut Sambutan Jubli emas.
Posted by Sekolah Ku at 18:10 0 comments
Wednesday, 13 October 2010
Misi Dan Visi SMK Ungku Aziz
MISI
Dalam Usaha Untuk Menjadi Cemerlang Kami Warga SMK Ungku Aziz Bertekad Dengan Penuh Iltizam Akan Memberi Komitmen Yang Padu Dalam Program Yang Terancang Dan Sistematik Untuk:-
- Memastikan pencapaian kurikulum sentiasa cemerlang
- Melibatkan semua pelajar dalam aktiviti kokurikulum
- Memupuk sahsiah dan nilai murni dalam jiwa seluruh pelajar
- Melaksanakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang telus dan tulus
- Mewujudkan persekitaran yang kondusif
VISI
SMK UNGKU AZIZ
MENJADI SEKOLAH CEMERLANG
TAHUN 2010
Posted by Sekolah Ku at 22:13 0 comments
Permata Yang Bersinar
1. | Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia |
2. | Yang Berbahagia Dato’ Dr Anwar Bin Ridhwan Sasterawan Negara Ke 10 |
3. | Yang Berbahagia Dato’ Mohd Aini bin Taib Bekas ADUN |
4. | Yang Berbahagia Dato’ Khairani B. Apandi Usahawan |
5. | Yang Berbahagia Dato’ Majid Bin Yunus Usahawan |
6. | Yang Berbahagia Dato’ Hj Mahbud b Hj Hashim Usahawan / Bekas Ahli Parliemen |
7. | Yang Berbahagia Datuk Abdul Rahman Bakri Ahli Parlimen Malaysia |
8. | Prof Dr. Aziz bin Bari Pakar Undang-undang Perlembagaan UIAM |
9. | Kepten (B) Ahmad Kamaruzaman B Abu Kapten Bersara |
10. | Tuan Hj Mohd Jani Naim Bekas PPD |
11. | Tuan Hj Mohd Nor Bin Rajikin Bekas Pengetua |
12. | Tuan Hj Mohd Zaini Bin Kudus Bekas Pengetua |
13. | Hajah Zuraidah M. Sanip Bekas Pengetua |
14. | Ustaz Derail Omar Bekas Pengetua |
Posted by Sekolah Ku at 21:27 0 comments
Ucapan Pengetua SMK Ungku Aziz
Assalamualaikumwarahmatullahibarakatuh
SMK Ungku Aziz menjadi sekolah cemerlang tahun 2010. Visi ini pasti dapat dicapai dengan gandingan kerjasama, kerja kuat dan komitmen semua warga sekolah. Semua orang mempunyai peranan masing-masing dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah. Kita pasti dapat melahirkan modal insan yang berilmu dan berakhlak mulia seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan inteleknya.Sehubungan dengan itu, kita perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran terkini untuk dapat bersaing dalam dunia tanpa sempadan yang memerlukan individu cemerlang menjadi pemimpin dan peneraju dunia. Saya harap pelajar dapat memanfaatkan kemudahan ICT yang ada untuk meneroka timbunan ilmu yang berguna yang dapat memberikan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Bukalah minda anda memandang jauh ke hadapan seolah-olah anda akan hidup seribu tahun lagi. Hargailah dan bersyukurlah atas nikmat yang Allah berikan kepada kita. Kuatkan iman dan kukuhkan benteng pertahanan menghadapi cabaran di sekeliling kita.
Insya Allah dengan niat yang betul dan menjadikan agama sebagai panduan hidup, warga SMK Ungku Aziz akan membawa sekolah ini ke puncak kecemerlangan.
"BERILMU UNTUK BERJASA"
Sekian, terima kasih.
Pn Hajah Salehar Bt Yaakop
Pengetua Kanan
Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Aziz
Posted by Sekolah Ku at 21:06 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)