BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 20 October 2010

Smk Ungku Aziz

Pelajar SMK Ungku Aziz

Pelajar terdiri daripada 3 golongan iaitu : 
Pelajar Asrama SMK Ungku Aziz
Pelajar Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam (AYSSB)
Pelajar luar atau yang tinggal di rumah
Asrama SMK Ungku Aziz

Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam

Monday 18 October 2010

Sejarah Sekolah



Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Aziz berasal dari Sekolah  Menengah Kebangsaan yang ditubuhkan di Sabak Bernam pada tahun 1959. Pada masa itu wujud 2 buah Darjah Menengah Melayu di Sabak Bernam. Kemudian Darjah-Darjah Menengah Melayu ini digabungkan dan ditempatkan di Pekan Sabak. Hasil gabungan ini maka wujudlah Sekolah Menengah Kebangsaan Sabak Bernam dengan menumpang dibangunan lama Sekolah Melayu  Sabak Bernam. Tapak lama bangunan sekolah ini telah dijadikan Masjid Jamek Sabak Bernam.
Ada beberapa sebab sekolah ini ditubuhkan. Antaranya ialah bagi memenuhi aspirasi rakyat untuk mendaulatkan Bahasa Melayu selepas sahaja     negara mencapai kemerdekaan. Selain itu, tujuan sekolah ini ditubuhkan bagi memberi peluang kepada penduduk luar bandar yang tidak berpeluang atau mampu untuk mendapat pendidikan di sekolah aliran Inggeris yang terdapat di Sabak Bernam pada masa itu.

Sekolah ini telah dibuka dengan rasminya pada 27 Julai 1964 oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran Malaysia, Encik Abdul Rahman Bin Haji Taib. Pada 18 Julai 1970, sekolah ini dengan rasminya telah dinamakan Sekolah    Menengah Ungku Aziz, sempena nama Profesor Diraja Ungku Aziz, Naib Canselor Universiti Malaya.

Pada 20 Julai 1985, Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Aziz telah  menyambut Jubli Perak yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Dr. Mohd Yusof  Noor, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan pada tahun 2009, SMK Ungku Aziz menyambut Sambutan Jubli emas.


Lagu Sekolah

Wednesday 13 October 2010

Misi Dan Visi SMK Ungku Aziz

MISI

Dalam Usaha Untuk Menjadi Cemerlang Kami Warga SMK Ungku Aziz Bertekad Dengan Penuh Iltizam Akan Memberi Komitmen Yang Padu Dalam Program Yang Terancang Dan Sistematik Untuk:-
  • Memastikan pencapaian kurikulum sentiasa cemerlang
  • Melibatkan semua pelajar dalam aktiviti kokurikulum
  • Memupuk sahsiah dan nilai murni dalam jiwa seluruh pelajar
  • Melaksanakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang telus dan tulus
  • Mewujudkan persekitaran yang kondusif

VISI


SMK UNGKU AZIZ
MENJADI SEKOLAH CEMERLANG
TAHUN 2010

Kemudahan Di Sekolah






Permata Yang Bersinar

MENJEJAKI BEKAS PELAJAR YANG BERJAYA




1.
Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia
2.
Yang Berbahagia Dato’ Dr Anwar Bin Ridhwan
Sasterawan Negara Ke 10
3.
Yang Berbahagia Dato’ Mohd Aini bin Taib
Bekas ADUN
4.
Yang Berbahagia Dato’ Khairani B. Apandi
Usahawan
5.
Yang Berbahagia Dato’ Majid Bin Yunus
Usahawan
6.
Yang Berbahagia Dato’ Hj Mahbud b Hj Hashim
Usahawan / Bekas Ahli Parliemen
7.
Yang Berbahagia Datuk Abdul Rahman Bakri
Ahli Parlimen Malaysia
8.
Prof Dr. Aziz bin Bari
Pakar Undang-undang Perlembagaan UIAM
9.
Kepten (B) Ahmad Kamaruzaman B Abu
Kapten Bersara
10.
Tuan Hj Mohd Jani Naim
Bekas PPD
11.
Tuan Hj Mohd Nor Bin Rajikin
Bekas Pengetua
12.
Tuan Hj Mohd Zaini Bin Kudus
Bekas Pengetua
13.
Hajah Zuraidah M. Sanip
Bekas Pengetua
14.
Ustaz Derail Omar
Bekas Pengetua

Lokasi SMK Ungku Aziz

Ucapan Pengetua SMK Ungku Aziz

 
Assalamualaikumwarahmatullahibarakatuh
SMK Ungku Aziz menjadi sekolah cemerlang tahun 2010. Visi ini pasti dapat dicapai dengan gandingan kerjasama, kerja kuat dan komitmen semua warga sekolah. Semua orang mempunyai peranan masing-masing dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah. Kita pasti dapat melahirkan modal insan yang berilmu dan berakhlak mulia seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan inteleknya.

Sehubungan dengan itu, kita perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran terkini untuk dapat bersaing dalam dunia tanpa sempadan yang memerlukan individu cemerlang menjadi pemimpin dan peneraju dunia. Saya harap pelajar dapat memanfaatkan kemudahan ICT yang ada untuk meneroka timbunan ilmu yang berguna yang dapat memberikan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Bukalah minda anda memandang jauh ke hadapan seolah-olah anda akan hidup seribu tahun lagi. Hargailah dan bersyukurlah atas nikmat yang Allah berikan kepada kita. Kuatkan iman dan kukuhkan benteng pertahanan menghadapi cabaran di sekeliling kita.

Insya Allah dengan niat yang betul dan menjadikan agama sebagai panduan hidup, warga SMK Ungku Aziz akan membawa sekolah ini ke puncak kecemerlangan.

"BERILMU UNTUK BERJASA"
Sekian, terima kasih.
Pn Hajah Salehar Bt Yaakop
Pengetua Kanan
Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Aziz